Taksonomi bloom mulai diperkenalkan oleh
Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan
objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif,
afektif dan psikomotor.
1.
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
2.
Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga
dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk
sistem dan sebagainya.
3. Domain
psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.
Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan
juga lawatan teknikal.
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi
yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki
kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi
ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan
pendidikan.
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi
Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat
beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang
telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan
kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.
1. Pengetahuan
(Knowledge)
Mengingat
kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
2. Pemahaman
(Comprehension)
Mengubah
kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis
semula.
3. Aplikasi
(Application)
Menggunakan
maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan
lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan,
cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis
(Analysis)
Memecahkan
sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis
(Synthesis)
Menyepadu,
mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat
ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun,
kembangkan.
6. Penilaian
(Evaluation)
Membuat
pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan,
kritikan, buktikan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar